Golden Chersonese atau Suvarnabhumi.

Laman ini juga cuba untuk menzahirkan semula hakikat bahawa Semenanjung Tanah Melayu adalah Golden Chersonese atau Suvarnabhumi.

Jumaat, 16 Ogos 2013

Idea Tun Dr. Mahathir tentang dinar: Tahun 2010

KUALA LUMPUR: Kerajaan di seluruh dunia seharusnya menimbangkan penggunaan dinar emas bagi menghentikan perang mata wang, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, penyusutan dolar Amerika Syarikat mewujudkan masalah bagi negara kerana mereka perlu menurunkan nilai mata wang mereka bagi mengatasi kerugian daya saing.

“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, akan ada perang mata wang dan sudah tentu akan menyumbang kepada krisis,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini. Dr Mahathir berkata, emas mempunyai nilai intrinsik iaitu nilai yang lebih baik berbanding mata wang.

“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” katanya – BERNAMA

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan