Semenanjung Emas merupakan laman blog yang membicarakan tentang aset emas dan perak. Laman ini sedaya mungkin mengajak khalayak pembaca agar menyimpan emas dan perak sebagai ganti daripada menyimpan wang kertas di akhir zaman ini. Sekaligus laman ini berhasrat untuk memupuk kesedaran tentang peri penting kita kembali kepada dinar emas dan dirham perak sebagai matawang dunia.
Golden Chersonese atau Suvarnabhumi.
Laman ini juga cuba untuk menzahirkan semula hakikat bahawa Semenanjung Tanah Melayu adalah Golden Chersonese atau Suvarnabhumi.
Selasa, 2 Julai 2013
Ayat Seribu Dinar
Sejarah dinamakan ayat seribu dinar :
Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.
Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat 1000 dinar.
Sumber:http://shafiqolbu.wordpress.com/
b>
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan