Berita baik untuk jemaah haji yang bakal menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Kami tawarkan kepada anda stokin V-Ken untuk membantu anda menunaikan ibadat haji dengan lebih sempurna. Fungsi utama stokin ini adalah melancarkan perjalanan darah dan membekalkan oksigen kepada darah dalam tubuh. Ia akan membuatkan kaki menjadi kuat dan bertenaga. Disamping itu, pemakai stokin ini akan dapat tidur yang berkualiti. Apabila bangkit dari tidur, badan rasa segar dan ringan.
Ibadat haji memang memerlukan kaki yang kuat untuk tawaf, sa'i dan melontar jamrah. Ia adalah ibadat yang jenis banyak berjalan. Oleh itu kaki mesti cukup tenaga dan gagah. Oleh itu stokin V-Ken amat sesuai untuk jemaah haji khususnya jemaah haji wanita dan lelaki berusia. Cubalah stokin V-Ken insyaallah kaki anda jadi kuat, badan anda jadi segar dan ibadat anda jadi lebih sempurna! Hubungi sekarang: 013-4810017
Semenanjung Emas merupakan laman blog yang membicarakan tentang aset emas dan perak. Laman ini sedaya mungkin mengajak khalayak pembaca agar menyimpan emas dan perak sebagai ganti daripada menyimpan wang kertas di akhir zaman ini. Sekaligus laman ini berhasrat untuk memupuk kesedaran tentang peri penting kita kembali kepada dinar emas dan dirham perak sebagai matawang dunia.
Golden Chersonese atau Suvarnabhumi.
Laman ini juga cuba untuk menzahirkan semula hakikat bahawa Semenanjung Tanah Melayu adalah Golden Chersonese atau Suvarnabhumi.
Selasa, 27 Ogos 2013
Ahad, 25 Ogos 2013
Jumaat, 16 Ogos 2013
Idea Tun Dr. Mahathir tentang dinar: Tahun 2010
KUALA LUMPUR: Kerajaan di seluruh dunia seharusnya menimbangkan penggunaan dinar emas bagi menghentikan perang mata wang, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, penyusutan dolar Amerika Syarikat mewujudkan masalah bagi negara kerana mereka perlu menurunkan nilai mata wang mereka bagi mengatasi kerugian daya saing.
“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, akan ada perang mata wang dan sudah tentu akan menyumbang kepada krisis,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini. Dr Mahathir berkata, emas mempunyai nilai intrinsik iaitu nilai yang lebih baik berbanding mata wang.
“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” katanya – BERNAMA
.

Ahad, 11 Ogos 2013
Isnin, 5 Ogos 2013
SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI
Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Saya menyusun sepuluh jari
salah dan silap harap maafkan
Langgan:
Catatan (Atom)